Friday, April 17, 2009

Karangan Autobiografi

Assalamulaikum..

Pada kali ini saya akan membincangkan teknik mengarang autobiografi. Karangan autobiografi sangat mudah untuk dilaksanakan. Kita hanya perlu membayangkan diri kita menjadi sesuatu objek atau sesuatu benda. Dengan menyelami dan menjiwai objek tersebut, kita cuba menjadi objek tersebut. Bermula dari situ, kita pun mulalah menulis cerita tentang objek itu.

Saya mencadangkan kita menggunakan kata berimbuhan `di'.

Contoh :
dibuat
dibungkus
dihantar
dipamer
dilihat
dipilih
dibeli
diguna
dijaga
rosak / hilang
mati
perasaan

Mari kita cuba tulis isi-isi berdasarkan tajuk 'Aku Seutas Rantai Emas'

dibuat - di mana dibuat - dibuat daripada apa
dibungkus - cara dibungkus - kertas cantik - kotak berwarna merah
dihantar - kedai emas
dipamer - letak di dalam ruang pameran
dilihat - serang wanita masuk kedai
dipilih - dibelek-belek - mencuba - cuba memakai
dibeli - berkenan - disukai - dibeli
diguna - digunakan semasa hari jadi, majlis keramaian
dijaga - disimpan dengan baik - masukkan ke dalam kotak
hilang - rumah diceroboh - dicuri dan dilarikan
mati - dijual kepada pengumpul emas - dilebur
perasaan - sedih - tidak dapat berkhidmat kepada tuan

1 comment:

Kampung Jaya Setia said...

Bagus juga cadangan mike tu. Tapi agak sukar sikit untuk teman laksnakan di sekolah teman. Maklumlah sekolah aliran cina. Tapi insyaallah, teman akan cuba lakukan.