Monday, April 6, 2009

Teknik Mengarang 4

Teknik 7S


Teknik 7S merupakan teknik menulis karangan tentang majlis di sekolah seperti Hari Ucapan dan penyampaian Hadiah, Hari Sukan Sekolah, hari Kanak-kanak, Hari Guru dan lain-lain majlis yang sesuai.

Teknik 7S ialah satu cara kita menyenaraikan isi dengan menggunakan huruf pangkal s atau beberapa perkataan yang bermula dengan huruf S. Jika kita hendak menghafal teknik ini, kita perlu tahu tentang 7S.

Cara menghafal sangat mudah. Kita perlu ingat2 sa, 4 se dan 1 su.

4 se ialah sekolah, sebelum, semasa dan selepas.
2 sa ialah sangat dan sambutan
1 su ialah suasana.

Sususnan idea 7s ialah seperti di bawah ini.

1. Sekolah/sekeluarga
2. Sambutan/Sabtu
3. Sebelum
4. Semasa
5. Suasana
6. Selepas

7. Sangat

Contoh :
Sekolah anda telah mengadakan Sukan tahunan baru-baru ini. Tuliskan sebuah karangan tentang majlis tersebut selengkapnya.

Kita boleh menyenaraikan 7S dan masukkan idea berkaitan dengan setiap perkataan yang bermula dengan S.

1. sekolah - setiap sekolah - anjur sukan tahunan
2. sambutan - hari sukan dan sambutan daripada ibu bapa/ murid-murid
3. sebelum - persiapan sebelum majlis- susun kerusi, meja, pasang khemah, persiapan padang dan lain-lain tugas yang sesuai dengan majlis
4. semasa - ramai orang hadir, acara dijalankan
5. susasana - meriah kerana ramai orang
6. selepas - ada jamuan, ada orang gembira dapat hadiah
7. sangat - nyatakan perasaan anda

No comments: