Tuesday, December 13, 2011

Kata Adverba

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.


Bentuk Kata Adverba

a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti, serentak)

b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu)

c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri)

d) bentuk gandaan

( gandaan penuh – betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat )

( gandaan separa – bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai )

( gandaan berentak – sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap, mundar-mandir )


Ayat contoh:

1) Dia sering kali lewat tiba di tempat kerjanya.

2) Dia hampir berjaya menawan puncak Gunung Everest.

3) Baju yang dipakai Ali itu merah menyala.

4) Dia pura-pura pengsan semasa jatuh tangga.

5) Sudah bermalam-malam mereka di berada di negara itu.

6) Peristiwa pahit itu akan dikenang selama-lamanya.

7) Pemain bola sepak itu bermain mati-matian demi menebus maruah negara.

8) Pengemis itu mundar-mandir di hadapan kedai makan itu.

PENGAKRONIMAN

Apa itu pengakroniman ?

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Gapena - Gabungan Penulis Nasional
Mara - Majlis Amanah Rakyat
ubahsuai - ubah sesuai
kugiran - kumpulan gitar rancak
cerpen - cerita pendek


Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara.

1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya:
RTM - Radio Televisyen Malaysia
BSN - Bank Simpanan Nasional
USM - Universiti Sains Malaysia
LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya:
tadika - taman didikan kanak-kanak
purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak
cikgu - encik guru


3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya:
Pernas - Perbadanan Nasional
Intim- Institut Tadbiran Islam Negara
Petronas - Petroleum Nasional
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

Menentukan imbuhan yang betul

PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL


3. p, t, k, dan s

kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan DIGUGURKAN apabila diimbuhkan dengan imbuhan meN-… dan peN-…



- Kata akar pasti menjadi memastikan bukannya mempastikan

- palsu - memalsukan

- putus - memutuskan

- pukul - pemukul

- putar - pemutar


*** p dalam kata pinjaman Inggeris tidak digugurkan

- proses - memproses

- protes - memprotes



- kata akar tenteram - menenteramkan ( / ) mententeramkan (X)

- tangkis- menangkis

- tebus - menebus

- tutur - penutur

- tekan - penekan



- kata akar kagum - apabila diimnuhkan dengan meN- menjadi mengagumkan bukannya mengkagumkan

- kukuh - mengukuhkan

- kupas - mengupas

- karang - pengarang

- kirim - pengirim



- kata akar sejahtera - menyejahterakan ( / ) mensejahterakan (X)

- susul - menyusul

- serap - menyerap

- sakit - penyakit

- sukat - penyukat

Kata Tugas

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:

  1. Kata adverba
  2. Kata hubung
  3. Kata sendi
  4. Kata seru
  5. Kata bantu
  6. Kata perintah
  7. Kata pangkal ayat
  8. Kata bantu
  9. Kata penguat
  10. Kata penegas
  11. Kata nafi
  12. Kata pemeri
  13. Kata pembenar
  14. Kata arah
  15. Kata bilangan
  16. Kata penekan
  17. Kata pembenda

Menentukan imbuhan yang betul

PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL


2. memperbesar atau memperbesarkan


kata dasar = besar
golongan kata = kata adjektif

rumus – apitan rangkap memper-…-kan digunakan bersama-sama dengan kata nama, kata kerja

rumus – apitan rangkap memper-… digunakan bersama-sama dengan kata adjektif


= memperbesar ( / ) memperbesarkan ( X )

* besar ialah kata adjektif

= mempertingkatkan ( / ) mempertingkat ( X )

* tingkat ialah kata nama

= mempersembahkan ( / ) mempersembah ( X )

* sembah ialah kata kerja



perbezaan antara “membesarkan” dengan memperbesarkan



- meN-…-kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu

- memper-…= menjadikan sesuatu bersifat lebih


contoh : besar

* besar ialah kata adjektif

= membesarkan – menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar

= memperbesar – menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar

Menentukan imbuhan yang betul

PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL

1. pelantikan atau perlantikan

kata dasar = lantik ( kata kerja transitif )

rumus – meN-… akan berpadanan dengan peN-…

oleh itu, melantik berpadanan dengan pelantikan


contoh lain

melancong ( pelancongan )

meletakkan ( peletakan )

melaksanakan ( pelaksanaan )

melanggar ( pelanggaran )


rumus - beR-... akan berpadanan dengan peR-...

oleh itu, berlawan berpadanan dengan perlawanan

berlanggar ( perlanggaran )

bertanding ( pertandingan )

bermain ( permainan )

berdamai ( perdamaian )

Perkataan yang dieja bercantum

Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

Perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja bercantum juga


peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)
sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)
padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)

Monday, December 12, 2011

Imbuhan me

Imbuhan Me

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai,

1. Alia ____________________ ibunya _________________ nasi di dapur.

2. Kakak Ali sedang ______________________ ikan yang baru dibeli oleh ayah.

3. Kak Limah ____________________ keropok lekor dari Terengganu.

4. Azlan _______________________tin-tin kosong di belakang rumahnya.

5. Maniam ____________________ lubang untuk __________________ pokok durian.

6. Kartika ___________________ sehelai baju kurung untuk ayah.

7. Junaidi _____________________kereta yang baru dibelinya.

8. Sulaiman ______________________tempat pertama dalam pertandingan itu.

9. Mila ______________________giginya yang sakit di klinik gigi semalam.

10. Ruslan ____________________kesakitan semasa kakinya tercucuk duri.

11. Osman _________________________tangan anaknya semasa melintas jalan.

12. Suhaila ___________________baju kurungnya sebelum dipakai.

13. Ismail ____________________bola itu dengan laju sekali.

14. Halim ___________________ kejadian kemalangan itu kepada pihak polis.

15. Suzana __________________buku cerita di rak buku itu.

16. Karim ____________________ sedikit makanan daripada ibunya kerana lapar.

17. Siti ____________________ sebuah lagu melayu dalam majlis itu.

18. Asman ________________ sepucuk surat kepada ibunya di kampong.

19. Zamil __________________ kertas itu kerana dia hendak membuat corak tumbuhan.

20. Azli ___________________ senaskhah surat khabar semalam.

Latihan 2

Latihan 2

Soalan 11

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

11 Pengesahan menyertai pertandingan itu hendaklah dibuat pada atau sebelum 16 Ogos 2009.

A Penentangan

B Pengakuan

C Pembatalan

D Penyataan


Soalan 12

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.


12 Mengapakah dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas?

A Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas kerana mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.

B Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah kerana dia mempunyai sikap yang patut dicontohi.

C Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas kerana dia rajin membaca buku.

D Dia dipilih sebagai olahragawan kerana dia rajin bersenam.

Soalan 13

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


13 Semangat kerjasama dan kepimpinan yang dinamik menjadikan Kampung Bahagia sebagai kampung Wawasan.

A Siapakah yang terpilih sebagai Kampung Bahagia?

B Mengapakah Kampung Bahagia dipilih sebagai Kampung Wawasan?

C Betulkah Kampung Bahagia Berjaya menjadi Kampung Wawasan?

D Kampung apakah yang menjadi Kampung Wawasan.


Soalan 14 dan Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14 Setiap kali Nazwan melintasi tanah perkuburan itu, sudah pasti bulu romanya akan meremang.

A Bulu romanya sudah pasti akan meremang setiap kali Nazwan mahu melintasi tanah perkuburan itu.

B Nazwan pastikan bulu romanya meremang setiap kali dia hendak melintasi tanah perkuburan itu.

C Bulu roma Nazwan sudah pasti akan meremang setiap kali dia melintasi tanah perkuburan itu.

D Tanah perkuburan itu akan meremangkan bulu roma setelah Nazwan melintasinya.


15 Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang penuh semasa membawa anak keluar agar tidak berlaku kes kehilangan kanak-kanak.

A Anak yang dibawa keluar rumah mestilah diawasi oleh ibu bapa untuk mengelakkan kejadian kehilangan kanak-kanak.

B Kes kehilangan kanak-kanak berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan perhatian semasa membawa anak keluar rumah.

C Kes kehilangan kanak-kanak boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memberikan perhatian semasa membawa anak keluar rumah.

D Perhatian yang diberikan oleh ibu bapa semasa membawa anak keluar rumah dapat mengelakkan kes kehilangan kanak-kanak berlaku.


Soalan 16 hingga Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


16 I Penglihatannya lenyap setelah terkena semburan beracun itu.

II Dengan sekelip mata, roket itu lenyap daripada pandangan saya.

III Penderitaan keluarga Pak Deris belum lenyap walaupun menerima bantuan tersebut.

IV Fui Lan yang dilaporkan lenyap beberapa tahun dahulu, kini muncul kembali.


A III sahaja

B I dan III sahaja

C II dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja


17 I Adik duduk tersandar kerana muak setelah makan sepinggan mi.

II Kami sudah muak dengan sikapnya yang mengada – ngada itu.

III Perutnya terasa muak selepas menjamah kari ayam semalam.

IV Samira sudah muak makan durian di dusun datuknya.


A I, II dan IV sahaja

B I, III dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja


Soalan 18 hingga Soalan 10

Pilih ayat-ayat yang betul.


18 I Tarian itu dipersembahkan untuk tontonan tetamu.

II Harga barang tetap naik meskipun harga minyak turun.

lII Sungguhpun bertubuh kerdil namun dia bercita-cita besar.

IV Jangankan menonggang motosikal, basikal pun tidak pandai dikayuhnya.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja


19 I Datuk sering berdoa agar dimurahkan rezeki ketika hidup bahagia.

II Kami tidak akan bermalam di teratak usang ini kecuali tiada pilihan.

III Didi mesti makan ubat supaya cepat sembuh demam selesemanya itu.

IV Nenek Azli sempat menggubah bunga manakala sibuk menjaga cucu-cucunya.

A I dan II sahaja.

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja


20 I Nenek membelikan cucunya raket setelah memenangi pertandingan itu.

II Kereta itu telah ditunda oleh kerana dia tidak mematuhi peraturan jalan raya.

III Penjenayah itu telah ditangkap walaupun terbabit dalam beberapa rompakan.

IV Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh mereka mendatangkan keuntungan.


A I dan II sahaja

B I dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja