Friday, April 17, 2009

Karangan Autobiografi

Assalamulaikum..

Pada kali ini saya akan membincangkan teknik mengarang autobiografi. Karangan autobiografi sangat mudah untuk dilaksanakan. Kita hanya perlu membayangkan diri kita menjadi sesuatu objek atau sesuatu benda. Dengan menyelami dan menjiwai objek tersebut, kita cuba menjadi objek tersebut. Bermula dari situ, kita pun mulalah menulis cerita tentang objek itu.

Saya mencadangkan kita menggunakan kata berimbuhan `di'.

Contoh :
dibuat
dibungkus
dihantar
dipamer
dilihat
dipilih
dibeli
diguna
dijaga
rosak / hilang
mati
perasaan

Mari kita cuba tulis isi-isi berdasarkan tajuk 'Aku Seutas Rantai Emas'

dibuat - di mana dibuat - dibuat daripada apa
dibungkus - cara dibungkus - kertas cantik - kotak berwarna merah
dihantar - kedai emas
dipamer - letak di dalam ruang pameran
dilihat - serang wanita masuk kedai
dipilih - dibelek-belek - mencuba - cuba memakai
dibeli - berkenan - disukai - dibeli
diguna - digunakan semasa hari jadi, majlis keramaian
dijaga - disimpan dengan baik - masukkan ke dalam kotak
hilang - rumah diceroboh - dicuri dan dilarikan
mati - dijual kepada pengumpul emas - dilebur
perasaan - sedih - tidak dapat berkhidmat kepada tuan

Monday, April 6, 2009

Teknik Mengarang 4

Teknik 7S


Teknik 7S merupakan teknik menulis karangan tentang majlis di sekolah seperti Hari Ucapan dan penyampaian Hadiah, Hari Sukan Sekolah, hari Kanak-kanak, Hari Guru dan lain-lain majlis yang sesuai.

Teknik 7S ialah satu cara kita menyenaraikan isi dengan menggunakan huruf pangkal s atau beberapa perkataan yang bermula dengan huruf S. Jika kita hendak menghafal teknik ini, kita perlu tahu tentang 7S.

Cara menghafal sangat mudah. Kita perlu ingat2 sa, 4 se dan 1 su.

4 se ialah sekolah, sebelum, semasa dan selepas.
2 sa ialah sangat dan sambutan
1 su ialah suasana.

Sususnan idea 7s ialah seperti di bawah ini.

1. Sekolah/sekeluarga
2. Sambutan/Sabtu
3. Sebelum
4. Semasa
5. Suasana
6. Selepas

7. Sangat

Contoh :
Sekolah anda telah mengadakan Sukan tahunan baru-baru ini. Tuliskan sebuah karangan tentang majlis tersebut selengkapnya.

Kita boleh menyenaraikan 7S dan masukkan idea berkaitan dengan setiap perkataan yang bermula dengan S.

1. sekolah - setiap sekolah - anjur sukan tahunan
2. sambutan - hari sukan dan sambutan daripada ibu bapa/ murid-murid
3. sebelum - persiapan sebelum majlis- susun kerusi, meja, pasang khemah, persiapan padang dan lain-lain tugas yang sesuai dengan majlis
4. semasa - ramai orang hadir, acara dijalankan
5. susasana - meriah kerana ramai orang
6. selepas - ada jamuan, ada orang gembira dapat hadiah
7. sangat - nyatakan perasaan anda

Teknik Mengarang 3

Teknik HIMESS

Karangan yang sesuai menggunakan teknik mencari isi HIMESS ialah karangan tentang Faedah menyertai Kegiatan Kokurikulum dan Faedah Menyertai Kegiatan Sukan di Sekolah.

HIMESS ialah huruf awal kepada isi karangan yang hendak kita tulis isi dan huraiannya. Sebaik-baiknya kita mesti tahu lebih lanjut tentang faedah yang kita senaraikan. Ini penting agar kita dapat memberi hujah kepada isi yang kita nyatakan dalam karangan kita.

  • H - Harumkan nama sekolah / negeri / negara
    I - Isi masa lapang
    M - Menambah ilmu pengetahuan
    E - Eratkan persahabatan / silaturrahim
    S - Supaya badan cergas dan otak cerdas
    S - Supaya JERI berkembang / sempurna

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek


Contoh soalan :

1.Faedah menyertai kegiatan KoKurikulum
2.Faedah bersukan.

Teknik Mengarang 2

Teknik SMAD3B

Teknik ini sangat berkesan untuk menulis karangan tentang sesuatu majlis seperti majlis hari jadi, majlis hari raya, majlis rumah terbuka, majlis hari kanak-kanak dan sebagainya.

SMAD3B bermaksud kita menggunakan kata tanya sebagai pembuka minda untuk menyenaraikan isi-isi penting.

S untuk siapa - Siapa yang hadir?, Siapa yang anjur majlis?, siapa yang adakan majlis?
M untuk mengapa - mengapa majlis tersebut diadakan?
A untuk apa - Apakah tujuan majlis tersebut diadakan?
D untuk dimana - Dimanakah majlis tersebut diadakan?
B1 untuk bila - Bilakah majlis tersebut diadakan ? Bila bermula ? Bilakah majlis itu tamat ?
B2 untuk berapa - Berapakah tetamu yang dijemput? Berapakah jumlah orang yang terlibat ? Berapakah anggaran kehadiran pada hari tersebut ?
B3 untuk bagaimana - Bagaimanakah majlis tersebut berlangsung ? Meriah atau tidak ?

Contoh soalan latihan karangan yang menggunakan Teknik SMAD3B ialah :

Jiran anda telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada Hari Raya Puasa Yang lalu. Tuliskan sebuah karang tentang majlis tersebut.

Isi-isi :

S - siapa = jiran saya
M- mengapa = memupuk perpaduan
A - apa = makanan – lemang,ketupat…
D - di mana = rumah jiran
3B - bila = Hari Raya Puasa – mula 10:00 pagi
- berapa = ramai diundang
- bagaimana = meriah