Tuesday, August 23, 2011

Soalan Latihan Set 1

Set 1

Latihan 1

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.


1 Selepas menggulung tikar itu, emak bergegas ke dapur menyediakan sarapan.

A membuka

B merungkai

C menghampar

D menghurai


Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

2 Bolehkah kamu memberikan buku cerita ini kepada jiran kamu itu?

A Pasti boleh, semalam saya tidur di rumahnya.

B Boleh juga, kedua ibu bapa pasti menyanggupinya.

C Apa salahnya, saya memang hendak ke rumahnya.

D Mana boleh, saya berjiran dengannya sudah agak lama.


Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


3 Saya tidak mengenali Pak Man tetapi saya yakin dia ialah salah seorang pekerja di kilang ini.

A Adakah awak kenal Pak Man iaitu salah seorang pekerja di kalang ini?

B Adakah awak kenal dan yakin Pak Man pekerja di kilang ini?

C Adakah awak yakin Pak Man bekerja di kilang ini?

D Pak Man bekerja di kilang yang mana satu?


Soalan 4 dan Soalan 5

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


4 Ekspo MAHA itu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

A Sambutan masyarakat setempat yang hangat telah diberikan kepada ekspo MAHA itu.

B Sambutan yang hangat telah diberikan oleh masyarakat setempat terhadap ekspo MAHA itu.

C Sambutan hangat terhadap ekspo MAHA itu telah diberikan kepada masyarakat setempat itu.

D Sambutan daripada masyarakat setempat yang hangat telah diberikan terhadap ekspo MAHA itu.


5 “Siti, tolong angkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan!” kata ibu.

A Ibu dan Siti tolong-menolong mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

B Siti disuruh oleh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

C Siti menolong ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

D Siti menyuruh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.


Soalan 6 hingga Soalan 7

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


6 I Matanya menjadi sempit kerana tidak cukup tidur.

II Orang yang berfikiran sempit sukar menerima perubahan.

III Wanita itu kelihatan tidak selesa kerana berpakaian sempit.

IV Sham tidak dapat membeli pakaian itu kerana wangnya sempit.


A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja


7 I Pak Ali gembira melihat buah-buah padinya yang bernas.

II Fikirannya tidak lagi bernas kerana usianya sudah lanjut.

III Kita dilarang bercakap tentang perkara-perkara yang tidak bernas.

IV Kesemua pemidato itu Berjaya mengemukakan hujah yang bernas.


A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 8 hingga Soalan 10


Pilih ayat-ayat yang betul.


8 I Ahmad terpaksa menghela basikal itu kerana tayarnya bocor.

II Dua belas murid-murid sedang berkhemah di puncak bukit.

III Pekerja-pekerja di kilang itu sedang giat menganyam kain batik.

IV Dari jauh lagi, Rohaya sudah tersenyum kerana dia Berjaya mendapat 5A.


A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja


9 I Kilang membuat peralatan computer itu mempunyai 300 orang pekerja.

II Industri pembuatan kereta semakin berkembang pesat di negara kita.

III Sayurnya menjadi sangat-sangat masin kerana terlebih garam.

IV Kakaknya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.


A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I ,III dan IV sahaja


10 I Penyakitnya tidak juga melarat malahan semakin sembuh.

II Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di negara kita.

III Bapa menghadiri kursus usahawan selama dua bulan di Indonesia.

IV Setiap orang ahli unit beruniform diwajibkan memakai uniform masing-masing.


A II dan III sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja



Tuesday, August 16, 2011

Kata Majmuk Yang Mantap

Terdapat 16 kata majmuk yang mantap dalam Bahasa Melayu dari segi ejaan. Ejaan bagi kata majmuk yang mantap disatukan. Maksudnya dieja sekaligus tanpa jarak antara dua perkataan.

1. antarabangsa
2. beritahu
3. warganegara
4. tanggungjawab
5. setiausaha
6. jawatankuasa
7. pesuruhjaya
8. suruhanjaya
9. tandatangan
10. kakitangan
11. matahari
12. kerjasama
13. olahraga
14. bumiputera
15. ubahsuai
16. sukarela

Jika kata majmuk di atas digandakan, maka penggandaan berlaku kepada seluruh kata majmuk tersebut. Contohnya;

1. setiausaha-setiausaha
2. jawatankuasa-jawatankuasa
3. pesuruhjaya-pesuruhjaya
4. tandatangan-tandatangan
5. kakitangan-kakitangan