Monday, May 2, 2011

Kata Ganti Nama Diri

1. Kata ganti diri digunakan untuk mengganti kata nama

orang.

2. Kata ganti diri dia atau ia tidak boleh digunakan untuk

benda atau binatang. Misalnya:

· Anjing itu garang. Ia terpaksa dikurung. (salah)

· Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya;

· Azli budak baik. Beliau disayangi rakan-rakannya. (salah)

· Azli budak baik. Dia disayangi rakan-rakanya. (betul)

4. Kata ia boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif.Misalnya:

· Saya tidak bersetuju dengan ia.(salah)

Saya tidak bersetuju dengan dia.(betul)

· Tolong berikan buku ini kepada ia. (salah)

Tolong berikan buku ini kepada dia. (betul)

5. Kata ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi *ianya.Misalnya

· Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh.(salah)

Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh.(betul)

6. Semua kata ganti diri tidak boleh digandakan atau diulang menjadi “kamu-kamu, * anda-anda atau *mereka-mereka, dan sebagainya.Misalnya:

(a) * Mereka-mereka murid Tahun Lima.(salah)

Mereka murid Tahun Lima. (betul)

(b) * Beg kamu-kamu ini diletakkan di dalam kelas.(salah)

Beg kamu ini diletakkan di dalam kelas. (betul)

7. Kata ganti diri beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

8. Perhatikan ayat contoh di bawah ini.

Salah

(a) Zaman ditangkap. Beliau pengedar dadah.

(b) Kucing adik sungguh comel. Ia suka minum susu.

(c) Abang Sharif disaman kerana ianya tidak memakai topi keledar.

(d) “Siapkan kelengkapan berburu hamba sekarang,”kata Sultan Mahmud.

Betul

(a) Zaman ditangkap. Dia pengedar dadah.

(b) Kucing adik sungguh comel. Kucing itu suka minum susu.

(c) Abang Sharif disaman kerana dia / ia tidak memaki topi keledar.

(d) “Siapkan kelengkapan berburu beta sekarang,’kata Sultan Mahmud.

Bahasa Istana

Kalau rakyat makan, raja santap

Kalau rakyat tidur, raja beradu

Kalau rakyat mandi, raja bersiram

Kalau rakyat sakit, raja gering

Kalau rakyat marah, raja murka

Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli

Kalau rakyat bersuara, raja bertitah

Kalau rakyat tinggal di rumah,raja di istana


Kalau rakyat duduk di kerusi,raja duduk singgahsana


Kalau rakyat ada isteri,raja ada permaisuri


Kalau rakyat ada nenek,raja ada nenda


Kalau rakyat mati dikuburkan,raja dimakamkan

Kalau rakyat mati, raja mangkat

Kalau rakyat matijadi allahyarham,raja mangkat jadi almarhum

Kalau rakyat bagi hadiah,raja bagi anugerah

Kalau huj an rakyat pakai payung,raja pakai iram-iram

Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus


Kalau rakyat sambut hari jadi,raja sambut hari keputeraan

Kalau rakyat bertolak, raja berangkat

Kalau rakyat buang air kecil,raja buang air seni

Kalau rakyat suka, raja berkenan

Kalau rakyat sakit kepala,raja gering hulu

Sunday, May 1, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan di Sekolah Saya

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan kejohanan sukan tahunan.
Ceritakan tentang kejohanan sukan tersebut.

Pendahuluan
- tarikh, masa, tempat kejohanan sukan
Isi-isi penting :
- lintas hormat - perbarisan oleh rumah-rumah sukan - penonton memberikan tepukan
- ucapan guru besar dan ucapan perasmian
- acara selingan - persembahan gimrama oleh kelab Gimrama
- acara sukan dijalankan - 100 m, 200 m, acara berpasukan dan acara terbuka
- penyampaian hadiah - pemenang menerima hadiah - rumah Hijau - johan
Penutup
- majlis tamat jam 12.00 tengah hari - bersurai
- perasaan - berasa sangat gembira

Saturday, April 30, 2011

Saya Sebuah Kereta

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Kereta”.

Pendahuluan :

· - jenis kereta - warna - diperbuat daripada pelbagai bahan - tempat dilahirkan

Isi-isi

· - suatu hari di hantar ke tempat lain untuk dijual

· - dipamerkan di sebuah kedai - ramai pengunjung - pandu uji saya

· - dibeli oleh seorang lelaki - digunakan dengan baik - dijaga rapi - dicuci - dikilatkan tubuh

· - terlibat dengan kemalangan - enjin rosak - dihantar ke bengkel -

Penutup:

· - tidak boleh dibaiki - dibiarkan di tengah panas - tidak dapat berkhidmat lagi

- tuan saya membeli kereta lain - lebih canggih dan cantik berbanding saya

Isi-isi lain yang sesuai boleh diterima

Karangan Keperihalan

Kamu sekeluarga telah berpeluang pulang ke kampung. Ceritakan pengalaman kamu semasa berada di kampung.

Tulis karangan kamu selengkapnya.

Pendahuluan :

- pagi hari Ahad - bapa mengajak - melawat datuk dan nenek di kampung

Isi-isi :

- sebelum pergi bapa servis kereta – pastikan kereta baik

- perjalanan selama 3 jam – menikmati pemandangan indah

- tiba di kampung – datuk dan nenek terkejut – gembira – bersalam-salaman

- petang – bawa kami ke dusun – mandi-manda di sungai

- malam – berbual-bual dengan sepupu

- esoknya – mengikut datuk menjala – dapat banyak ikan

Penutup:

- berkemas pulang – datuk pesan agar rajin belajar