Monday, May 2, 2011

Kata Ganti Nama Diri

1. Kata ganti diri digunakan untuk mengganti kata nama

orang.

2. Kata ganti diri dia atau ia tidak boleh digunakan untuk

benda atau binatang. Misalnya:

· Anjing itu garang. Ia terpaksa dikurung. (salah)

· Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya;

· Azli budak baik. Beliau disayangi rakan-rakannya. (salah)

· Azli budak baik. Dia disayangi rakan-rakanya. (betul)

4. Kata ia boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif.Misalnya:

· Saya tidak bersetuju dengan ia.(salah)

Saya tidak bersetuju dengan dia.(betul)

· Tolong berikan buku ini kepada ia. (salah)

Tolong berikan buku ini kepada dia. (betul)

5. Kata ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi *ianya.Misalnya

· Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh.(salah)

Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh.(betul)

6. Semua kata ganti diri tidak boleh digandakan atau diulang menjadi “kamu-kamu, * anda-anda atau *mereka-mereka, dan sebagainya.Misalnya:

(a) * Mereka-mereka murid Tahun Lima.(salah)

Mereka murid Tahun Lima. (betul)

(b) * Beg kamu-kamu ini diletakkan di dalam kelas.(salah)

Beg kamu ini diletakkan di dalam kelas. (betul)

7. Kata ganti diri beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

8. Perhatikan ayat contoh di bawah ini.

Salah

(a) Zaman ditangkap. Beliau pengedar dadah.

(b) Kucing adik sungguh comel. Ia suka minum susu.

(c) Abang Sharif disaman kerana ianya tidak memakai topi keledar.

(d) “Siapkan kelengkapan berburu hamba sekarang,”kata Sultan Mahmud.

Betul

(a) Zaman ditangkap. Dia pengedar dadah.

(b) Kucing adik sungguh comel. Kucing itu suka minum susu.

(c) Abang Sharif disaman kerana dia / ia tidak memaki topi keledar.

(d) “Siapkan kelengkapan berburu beta sekarang,’kata Sultan Mahmud.

No comments: