Monday, January 30, 2012

Kesalahan Tatabahasa

Yang salah : Oleh kerana itu
Yang betul :
Oleh sebab itu.

Keterangan : Sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. 'Kerana' bukan kata nama, sebaliknya 'sebab' ialah kata nama.


Yang salah :Setiap orang pelajar
Yang betul :S
etiap pelajar.

Keterangan : Selepas kata bilangan pisahan tidak boleh hadir penjodoh bilangan.


Yang salah : Taat kepada kedua ibu bapa
Yang betul :
Taat kepada kedua-dua ibu bapa.

Keterangan : Kata bilangan himpunan mesti digandakan. Lagipun, 'kedua' bukan kata bilangan himpunan, sebaliknya 'kedua' ialah kata bilangan yang membawa maksud 'kedudukan'.

No comments: