Monday, May 2, 2011

Ayat

Kata Hubung

Kata hubung yang digunakan untuk membina ayat majmuk.

Ayat tunggal

1. Budak itu kawan saya.

2. Budak itu berbaju hijau.

Ayat majmuk

1. Budak yang berbaju hijau itu kawan saya.

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Ayat ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

1. Ayat suruhan

Berlatihlah bersungguh-sungguh supaya kamu berjaya.

2. Ayat larangan

Usahlah kamu buang masa.

3. Ayat silaan

Sila masuk ke ruang pameran ini.

4. Ayat permintaan

Tolong belikan saya lima kaki bunga daun getah di tempat pameran itu.

Ayat Penyata

Contoh:

Nenek Azli sungguh gigih berusaha.

Azli suka membuat layang-layang.

Ayat Seruan

Contoh:

Eh, awak pun ada di sini!

Wah, cantiknya lukisan kamu!


Latihan tatabahasa:

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

1. Faiz gemar bermain hoki, bola sepak _______________ bola tampar.

A serta

B tetapi

C namun

D malahan

2. Hani tidak akan melakukan hobinya itu,____________ kerja sekolahnya belum selesai.

A selagi

B setelah

C supaya

D semasa

3. Azli akan tetap memujuk ibunya ____________ibunya bersetuju dengan cadangan itu.

A lalu

B selagi

C walaupun

D sehingga

4. Ranjit masih tidak gembira ___________ dia telah mendapat kebenaran daripada

ibunya untuk menyertai Pertandingan Robocon itu.

A kerana

B apabila

C sehingga

D kendatipun

5. “Lakukanlah hobi yang berfaedah ______________ kamu mendapat manfaat

daripadanya,” kata Nek Bedah kepada cucunya.

A untuk

B apabila

C namun

D supaya

6. Fariz telah memulakan hobinya ___________ dia memiliki segala alatan yang diperlukan.

A namun

B setelah

C supaya

D sementara

7. Kawan-kawannya tidak mengetahui sebab Hasan tidak mahu bermain _________________itulah permainan yang digemarinya.

A tetapi

B malahan

C walaupun

D sedangkan

8. Nenek Azli masih menghasilkan bunga daripada daun getah _____________

menambahkan pendapatannya ____________ditegah oleh anak-anaknya.

A untuk, supaya

B demi, walaupun

C untuk, walaupun

D supaya, kendatipun

9. Azim _____________ minat bermain badminton ____________ gemar memancing ikan.

A malahan, namun

B tidak sahaja, tetapi

C bukan sahaja, sedangkan

D bukan sahaja, tetapi juga

10. Hani dan Kamala mencari maklumat untuk menyiapkan buku skrap itu __________________menunggu kawan-kawannya yang lain tiba ____________ mereka tidak suka membuang masa.

A kerana, demi

B semenjak, kerana

C sementara, selagi

D sementara, kerana

No comments: