Thursday, January 8, 2009

Teknik Mengarang karangan Jenis Situasi

Teknik Mengarang 1

Dalam pengajaran dan pembelajaran karangan, berbagai-bagai cara dan teknik boleh digunakan untuk memudahkan murid-murid mencari dan menyenaraikan isi-isi penting. Bagi karang jenis situasi seperti kemalangan jalan raya, lemas di sungai, kebakaran sebuah rumah atau sebagainya, kita boleh menggunakan teknik yang disebut ~Pergi Sungai Terlupa Bawa Tuala tetapi Bawa Lampin.

Caranya mudah sahaja. Latihlah murid menghafal ayat Pergi Sungai Terlupa Bawa Tuala tetapi Bawa Lampin. Seterusnya, pindahkan maklumat berdasarkan huruf pertama setiap perkataan. Lihat contoh di bawah ini.


Pergi - Pergi ke arah suara jeritan
Sungai - Siasat apa yang berlaku
Terlupa - Tenangkan mangsa
Bawa - Bawa mangsa ke tempat selamat
Tuala - Telefon ( bomba, polis, ambulans )
Tetapi - Tolong pihak di atas
Bawa - Beritahu ibu bapa / penjaga
Lampin - Lawat di klinik / hospital


Akhir sekali, bantulah ,murid menghuraikan isi tersebut dengan frasa yang lebih sesuai dan menarik. Hiasilah karangan dengan beberapa penanda wacana supaya nampak lebih kemas dan sedap dibaca.

Selamat mencuba.

1 comment:

Anonymous said...

gile ke.takde karangan contoh ke ha. aku bunuh kagi kang